Showing posts with label Dismissal. Show all posts
Showing posts with label Dismissal. Show all posts

Tuesday, June 11, 2013

AWARD_14642

AWARD_14642
 Pertuduhan
. Pihak Menuntut telah dikenakan pertuduhan seperti berikut :
Bahawa anda, Anandan a/l Perumal (No. Staf : 0119), semasa
bertugas sebagai Formen (Power Supply) di Jabatan Rail Network
di Sistem Transit Aliran Ringan Sdn. Bhd. pada 17hb. Januari
2001 di dapati telah cuai dalam melaksanakan tanggungjawab
menyerahkan kembali kamera digital milik syarikat sehingga
menyebabkan kehilangan kamera tersebut.


AWARD_14642 Pertuduhan . Pihak Menuntut telah dikenakan pertuduhan seperti berikut : Bahawa anda, Anandan a/l Perumal (No. Staf : 0119), semasa bertugas sebagai Formen (Power Supply) di Jabatan Rail Network di Sistem Transit Aliran Ringan Sdn. Bhd. pada 17hb. Januari 2001 di dapati telah cuai dalam melaksanakan tanggungjawab menyerahkan kembali kamera digital milik syarikat sehingga menyebabkan kehilangan kamera tersebut.

AWARD_13545

AWARD_13545
Pihak Menuntut di atas tiga pertuduhan berikut :
(a) Mencuri dokumen
(b) Membuat tuduhan yang palsu dan tidak berasas terhadap
Pihak Syarikat
(c) Provokasi keagamaan dan perkauman


AWARD_13545 Pihak Menuntut di atas tiga pertuduhan berikut : (a) Mencuri dokumen (b) Membuat tuduhan yang palsu dan tidak berasas terhadap Pihak Syarikat (c) Provokasi keagamaan dan perkauman

Wednesday, January 23, 2013

AWARD NO. 1768 TAHUN 2011 [NO. KES: 16/4-2751/06]

 Kemenangan bagi pihak pekerja dan kesatuan, tetapi Mahkamah tidak memerintahkan 'reinstatement', dan oleh kerana itu pekerja tak dapat kerja kembali, tetapi UNION juga kehilangan ahli kuat...
Kes ini juga menyokong hak pekerja .... dengan syarat ia tidak menjejaskan operasi syarikat. 

Di dalam kes ini, mahkamah berpendapat bahawa pihak-pihak menuntut telah meletakkan cebisan kain simpai hitam di lengan mereka adalah atas arahan kesatuan seperti yang dinyatakan oleh CLW15, CLW16 dan CLW17. Ia adalah salah satu daripada hak mereka untuk menyuarakan ketidakpuasan hati kepada syarikat. Malahan pihak kesatuan telah mengakui kepada pihak responden bahawa tindakan pihak-pihak menuntut itu adalah atas arahan kesatuan. Oleh itu, adakah wajar mereka dinafikan hak untuk menyuarakan dan mempamerkan ketidakpuasan hati mereka kepada pihak responden? Namun begitu, di dalam konteks kes ini, mahkamah harus menekankan bahawa kebebasan pihak-pihak menuntut untuk menyuarakan perasaan atau rasa hati mereka tidaklah boleh dilakukan sehingga menjejaskan operasi syarikat. Sekiranya ini dilakukan ia sudah pasti akan bercanggah dengan tanggungjawab pihak-pihak menuntut untuk memberikan kesetiaan dan menjaga kepentingan pihak responden.